Monday 11 June 2012

Closing Ceremony of RINTIS 360 Exhibition

Alhamdulillah... 
Sekalung penghargaan buat semua (ayahanda, bonda, guru-guru, pensyarah-pensyarah, staf-staf, rakan-rakan) yang telah memberikan sokongan dari segi mental, spiritual dan fizikal samada secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang perjalanan ke titik pengakhiran ini (RINTIS 360).


Sepanjang tempoh merealisasikan program pameran ini, pelbagai cabaran dan halangan terpaksa saya dan rakan-rakan tempuh. Tidak hanya di pihak kami, malah turut dialami oleh para pensyarah dalam menyokong usaha dan peranan yang kami mainkan ini. Walau bagaimanapun, kami sedar bahawa segala bentuk cabaran dan halangan tersebut bukanlah penghalang bagi kami untuk menjana prestasi dan potensi dalam bidang seni ini di tahap yang lebih baik. 


Pameran RINTIS 360 merupakan pameran yang telah disertai oleh pelajar tahun akhir Sastera Seni Halus yang telah menghasilkan karya yang berpaksikan kelestarian dan sejajar dengan objektif kami iaitu melihat makna kelestarian daripada pelbagai perspektif. Dalam pameran ini, kami telah memfokuskan sebanyak 7 tema iaitu Tema Kelestarian dan Alam, Tema Warisan dan Sejarah, Tema Gender, Tema Psikologi, Tema Sub-budaya Devien, Tema Urbanisasi, dan Tema Spiritual. Tema-tema tersebut telah dipersembahkan melalui pelbagai media dan bentuk karya yang bersifat 2 dimensi, 3 dimensi, serta seni installasi.


Antara objektif yang menjadi pegangan sepanjang penghasilan karya dan pameran ialah berusaha untuk memelihara serta mengetengahkan idea dan bentuk kelestarian dan diterjemahkan ke dalam bentuk karya seni. RINTIS 360 (Research and Innovation Towards Integration and Sustainability) adalah usaha kami sebagai pengkarya dalam melihat makna kelestarian dalam pelbagai perspektif. Kami, sebagai generasi muda bertindak balas terhadap isu kelestarian dengan cara dan konsep pemahaman kami terhadap makna kelestarian. Nilai-nilai ini menuntut perasaan manusia, menentukan atau membawa kita kepada matlamat, membentuk sikap kita serta memberi piawaian untuk kita menilai tingkah laku, individu, dan masyarakat. Sesungguhnya, matlamat transisi kelestarian merupakan ekspresi nilai. Justeru, dengan cara penggabungan ilmu saintifik dan teknologi bersama nilai dan prinsip kemanusiaan kemudian divisualkan dalam nilai seni diharap dapat mencapai kelestarian.


Secara keseluruhannya, signifikasi kepada penghasilan karya dan penganjuran program ini telah banyak membantu kami serta membuatkan kami berasa lebih yakin untuk meluaskan lagi kemahiran berkarya di luar lingkup unversiti. Kami juga tidak menjadikan universiti sebagai platform terakhir dan semata-mata untuk merealisasikan matlamat dan impian kami. Kejayaan projek ini telah membuktikan bahawa kami sudah bersedia untuk terus mengorak langkah bagi mengendali dan menguruskan pameran yang lebih besar. Diharap, dengan penerapan ilmu selama 3 tahun di Pusat Pengajian Seni, USM ini mampu menjadi bekal dan penguat untuk kami berhadapan dengan bidang kerjaya yang bakal kami tempuh.


InsyaAllah....


Sehingga bertemu lagi di entry yang baru.. (InsyaAllah will be updates after masak-masak time a.k.a BBQ with MGTF's crew) ^__^


**Pameran RINTIS 360 dilanjutkan sehingga 21 June 2012


Lihat juga di sini:
: RINTIS 360 USM --> http://hasnulsaidon.blogspot.com/2012/05/rintis-360.html
: RINTIS 360 USM PART TWO --> http://hasnulsaidon.blogspot.com/2012/05/rintis-360-part-two.html
: RINTIS 360 Closing Ceremony --> http://www.facebook.com/media/set/?set=a.437424816282395.86516858.100000446406273&type=3
: RINTIS 360 @ MGTF USM --> http://www.facebook.com/media/set/?set=a.432413590116851.86516057.100000446406273&type=3
: GETTING HIGH OR GETTING REAL? (PART 1) http://hasnulsaidon.blogspot.com/2012/06/getting-high-or-getting-real-part-1.html

No comments:

Post a Comment